Kata Seru


Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun Digunakan untuk membentuk ayat seruan.

Kata Tanya


Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.  Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya dan boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat

Kata Ganda


Kata Ganda ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Kata Adjektif


Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya Sembilan kriteria

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama manusia.Dibahagikan kepada dua golongan, iaitu:Kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk
 
 
 

Kata Kerja

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif

Kata Hubung

Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan  untuk membentuk ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan.

Kata Sendi Nama

Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam Bahasa Malaysia
Kata tugas ini digunaKan sebelum kata nama dengan frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.